Want your
own Fotopage?















 
Nobody Said It Was Easy

By: muhammad fairuz

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]
Sunday, 26-Apr-2009 04:52 Email | Share | | Bookmark
Attention please.......

Sorry guys...
laman ni tidak akan diupdate lagi lps ni...
sudah berpindah ke sini..

http://www.flickr.com/fairuz_frz
">http://www.flickr.com/fairuz_frz

Tumpang Iklan

Jualan Pembukaan Kedai -----------> STOK BARU 4 MEI 2009

Layari http://sulamqistina.blogspot.com

Mari selagi stok masih ada
Untuk persiapan hari raya
selain kelainan penampilan
Tidak mahu manik....kita guna sulam..
Sulam di jahit dengan manik pun menarik juga
Harga promosi.... sehingga 1 Jun 2009
Kain Sulam Bukit Tinggi Indonesia
Punya Kelainan dan sulam yang cantik.....
Lihat dulu....kot2 ada yang berkenan....
Mon 4-May-2009 09:00
Posted by:limau merahlimau2@gmail.com
Salam perkenalan...

tumpang promosi "baju muslimah" kat sini yerr .....menumpang fofulariti fp meriah ni......thank you so much!!!

http://rzamoslemhijab.blogspot.com
Mon 8-Jun-2009 02:40
Posted by:R'za rza.myhijab@gmail.com  - [Link]
Add comment


Saturday, 3-Jan-2009 05:33 Email | Share | | Bookmark
Tahun 2009

Assalamualaikum...
Segala puji bg Allah yang menukarkan siang dan malam menjalanjan segala kehidupan tanpa ada padanya kecacatan..
Alhamdulilah,dah 3 hari dapat menghirup udara pada tahun 2009..terasa betapa diri ini bersyukur pada Nya kerana masih lagi memanjangkan usia,atau dalam erti kata lain usia ini semakin singkat dalam menuju perjalan yang abadi iaitulah negri akhirat yang kekal dan pasti.


sg papan,kota tinggi johor

Sesunggunya apabila tiba tahun baru ini,pastinya ramai yang tertanya-tanya akan azam tahun baru.Jujurnya saya tidak memasang azam pada tahun ini,dan juga pada tahun-tahun yang lepas.Hanyalah menekankan pada diri ini agar menjadi insan yang lebih dekat pada penciptaNya dan dijauhkan segala kemungkinan atau pintu-pintu yang akan menjauhkan aku dari pencipta aku ini.


lovely evening at sg papan,kota tinggi johor

Sujud syukur aku tujukan pada pengatur kehidupan ku kerana telah memakbulkan aku untuk menyambung kembali pengajian.Semoga aku disinarkan kepada jalan yang lurus dan benar dan betul.Benarlah firman Nya yang bermaksud dan apa sahaja selepas kebenaran adalah kesesatan .Dan di situ lah arah tujuan hidup kita agar sentiasa berpegang kepada kebenaran walaupun terkadang kalanya kebenaran itu adalah sangat-sangat menyakitkan.


mohd naim mohd yaakob aka my bro,medical student yr 4

Sesunggunya tidak ada cara lain lagi untuk dekat padanya dengan memahami kalam-kalam suciNya iaitu Al quran yang telah diturunkan kepapa junjungan besra nabi kita iaitu nabi muhammad saw dengan tujuan untuk mencabar org musyrikin untuk menandinginya walaupun dengan hanya satu surah.


ishrak di masjid negeri selangor

Oleh yang demikian,marilah kita berpesan-pesan pada haq atau kebenaran kerana memang fitrah manusia itu dilahirkan untuk mencari kebenaran.Seperti mana kita lihat dewasa kini,begitu ramai manusia cuba untuk menyatakan diri mereka adalah yang paling benar sekali akan tetapi apabila al quran itu telah diturunkan,maka lenyaplah segala kebatilan.


sg papan,kota tinggi johor

Opss..tidak mahu memanjangkan kalam ini,terima kasih saya ucapkan pada pengunjung atas komen2 saudara/i.Moga ukhwah ini dapat terus dikekalkan hingga akhirnya.Terima kasih.Doakan saya.

wow.. hebatnya.. gambo-gambo mu nih... cayalah bro...hehe...shahkasahias daa... masa tt kat yap kwan seng....
semoga maju jaya....
Thu 26-Mar-2009 04:43
Posted by:shahkasahias  - [Link]
Nicely done!

Fri 10-Apr-2009 01:17
Posted by:baning  - [Link]
Tumpang Iklan

Jualan Pembukaan Kedai

Layari http://sulamqistina.blogspot.com

Mari selagi stok masih ada
Harga promosi.... sehingga 1 Jun 2009
Kain Sulam Bukit Tinggi Indonesia
Punya Kelainan dan sulam yang cantik.....
Lihat dulu....kot2 ada yang berkenan....
Thu 30-Apr-2009 01:14
Posted by:limau merahlimau2@gmail.com
View all 25 comments Add comment


Saturday, 13-Dec-2008 02:08 Email | Share | | Bookmark
Malam itu...









alhamdulillah punyai kesempatan masa untuk upload gambar.
Gambar di atas dirakam pada 12-12-2008 dengan sinaran bulan penuh pada malam itu.
Alhamdulillah cantik "view" malam itu.
Jujur saya katakan keindahan pada malam itu tidak boleh saya rakam sepenuhnya dengan kamera saya.Mata yang Allah ciptakan ini adalah jauh lebih baik dari lensa dan sensor yang manusia cipta.
Saya mengalu-alukan komen saudara/ri pada 2 gambar ini.
Memang saya akui banyak lagi yang saya mesti belajar untuk hasilkan gambar yang terbaik kerana proses pembelajaran tidak akan pernah terhenti.
hayyakumullah jami'an.
Maha suci Allah yang menukarkan siang kepada malam

Quote:
insyaAllah 22/12 ni nak sambung lagi study di salah sebuah ipt..doakan kejayaan saya...

Salam MAAL HIJRAH 1430...
semoga tahun ni membawa keberkatan dlm hidup kita... aminn
Mon 29-Dec-2008 16:33
Posted by:Iezah Azizam  - [Link]
wow..ngancam semua gambar kat sini! Tue 30-Dec-2008 22:30
Posted by:liya  - [Link]
teringin nk shoot gambar mlm mcm ni...heheh tp x berkesempatan je lg...heheheh...anyway good job...pakai lens ape ye...nampak tu bulan n kurang noise Sat 10-Jan-2009 16:15
Posted by:izwan  - [Link]
View all 22 comments Add comment


Friday, 5-Dec-2008 23:06 Email | Share | | Bookmark
Wide | shah alam



wide means wide.
but no so wide with my crop factor.
looking for full frame maybe?
what say you..
ekekekeke....

salam...bro dh pakai wide lens ker...jom tag along minggu depan kat shah alam sabtu n ahad Thu 11-Dec-2008 06:20
Posted by:shairul  - [Link]
huhuhhh...nice bro... Fri 12-Dec-2008 11:22
Posted by:HanifHashim  - [Link]
salam saudara..meme mantap entry kali nih. .lama tak singgah sini,marveless... Fri 12-Dec-2008 16:48
Posted by:cindai77  - [Link]
View all 16 comments Add comment


Friday, 28-Nov-2008 00:24 Email | Share | | Bookmark
Petang itu..








lonely,that's i am

Tak rase nak ckp banyak..
biarkan gambar-gambar ini yang bercakap....

fuh, kompo memang best bro..
warna pun cantik..aku suka gambar last,hehe..tak tau napa..
Wed 3-Dec-2008 04:53
Posted by:acai faisalhjrahim@yahoo.co.uk  - [Link]
seronok ade wide lens yer....hehehehe Fri 5-Dec-2008 16:46
Posted by:arulz  - [Link]
uish..mmg cun2 sume gambar2 ni...

tumpang iklan ek....

kalau mencari di mana mahu menempah gubahan hantaran samada untuk majlis perkahwinan atau pun majlis pertunangan bolehlah melawat site: http://hantarankahwin.com.

Kami menawarkan harga yang berpatutan.
Tue 16-Dec-2008 11:50
Posted by:beba beba_anas@yahoo.com  - [Link]
View all 13 comments Add comment


Sunday, 16-Nov-2008 03:32 Email | Share | | Bookmark
S E M A S A

Assalamualaikum kepada SAHABAT YANG SAYA KASIHI..
terima kasih saya ucapkan kerna sudi singgah.
Untuk kali ni sy semacam terpanggil nak membicarakan tentang isu penayangan kisah soal jawab di dalam kubur aka sajak kematian kepada pelajar pelajar sekolah rendah yg mana menjadi isu yg agak hangat dewasa kini.


wan mohd adzfar,pelajar master UM aka sahabat luahan perasaan

Secara peribadinya pun saya tak berapa setuju tentang penayangan tersebu kerana ianya ditayangkan kepada pelajar pelajar yang masih bersekolah rendah.

Tetapi apa yang lebih saya concernkan di sini ialah perkara yang lebih besar dari itu.
Mengapa tayangan-tayangan seperti ini diharamkan sebagai mana yang dofatwakan oleh mufti perlis
sedangkan terdapat lebih ratusan malah ribuan filem-filem yang diimport dari barat ataupun dari industri kita sendiri yang sudah tentu merosakkan pemikiran dan iman masih lagi ditayangkan di negara kita.


Pada hemat saya inilah yang boleh dikatakan sebagai ghazwatul fikr ataupun serangan pemikiran yang sedang berlaku sekarang ini.Saya sendiri bukanlah anti seni namun kita sendiri sebagai seorang yang Allah kurniakan akal yang waras dapat berfikir apakah perkara yang lebih sepatutnya kita utamakan suapaya umat Islam khususnya di negara ini dapat diselamatkan.


Pn Aslaniah Jamali, guru sekolah menengah aka makcik aku yg sportimss

Kadang-kadang isu isu semasa sekarang ini membingungkan saya kerana pelbagai gejala kebejatan sosial sangat berleluasa di kalangan umat Islam seperti masalah pengkid dan lelaki lembut.Bukanlah saya hendak memperkatakan saya ini maksum atau terpelihara dari dosa,namun terkadang terlintas di hati dan fikiran bahawa perkara perkara seperti ini akan membawa kehancuran Islam yang bukan sahaja dari musuh-musuh islam tetapi dari kita sebagai orang Islam itu sendiri.


Firdaus Mahadi,rakan sefotografi,penulis khat yang berkelulusan Al quran n sunnah,USIM

Oleh yang demikian marilah kita sama-sama berfikir sejenak memikirkan tentang perkara seperti ini agar terpelihara dari perkara perkara yang sedemikian rupa supaya Islam itu sendiri akan dinampakkan keindahannya di mata orang bukan Islam.


Ustaz Azhar Idrus,pendakwah dan rakan sefotografi,allahu yaftah alayk!

Sehingga berjumpa lagi di entry akan datang.Assalamualaikum

psstt: komen2 le gamba buruks tu eh.. All pictures were taken by 50mm f1.8 lens.

tade la buruk pon...ok jer....
sekurang2nya jauh tere dr kita nih...ahahhaa...


:: http://idida.fotopages.com ::
:: http://syakirzainol.fotopages.com ::
Tue 25-Nov-2008 11:06
Posted by:~ Idida aka Ummu Nafisa ~  - [Link]
iskk..'gambo buruk'..??
kalo cam tu, gambo yg saya shoot = 'gambo buruker' n sometimes, bole dikategorikan sbg 'gambo burukest'..
Tue 25-Nov-2008 13:57
Posted by:ziyyad  - [Link]
suka info kt sini ... thanx! sharing is caring Wed 26-Nov-2008 12:36
Posted by:FarEast  - [Link]
View all 21 comments Add comment


Tuesday, 28-Oct-2008 13:54 Email | Share | | Bookmark
D U A W A J A H

Assalamualaikum.....
terdahulu saya ucapkan terima kasih byk2 atas komen2 sahabat2 sy...
diakui sejak kebelakangan ini sy tak aktif dgn fotopages..
tapi jauh hati ni masih sayang lagi fotopages ni..
dari fotopages ni dpt ramai kenalan..dan nasihat2 yg sgt2 berguna...
ape pun sy tetap akan upload gamba di sini...
walaupun terdapat kekangan kekangan...
insyAllah kita jumpe lagi pada entry yg akan dtg...





Farid danial muhammad amin...



Fawwaz Hazim Hazizi....

2-2 pun cousin aku....


Quote:
untuk apa kita takabbur....adakah dengan kepandaian kita?ataupun kerna keberanian kita..ataupun sanjungan manusia atas diri kita?jgn pernah kita lupa kpd siapa sewajibnya kita mensyukuri akan semua kelebihan kita...andai kata penghinaan adalah lebih layak utk kita..adakah kita mampu melawan ketetapanNya..?

suke gmbr tag kat atas tu Wed 12-Nov-2008 03:47
Posted by:maya amir  - [Link]
bagusla coretan entry u kali ni.. betul gak,kan? punya la banyak citer ntah hapa2 kat tv tapi org tak komen pun, tapi yang memberi kesedaran gitu sumer pakat bising.. cuma yang tak patut ditayangkan kat bebudak skolah rendah sebab terlalu ekstrem.
antara dua gambar tu suka yang bawah tu sebab lebih jelas.
Sun 16-Nov-2008 13:07
Posted by:ciku_nunu  - [Link]
great pics..good job bro.. Wed 26-Nov-2008 00:32
Posted by:HanifHashim  - [Link]
View all 17 comments Add comment


Sunday, 12-Oct-2008 12:31 Email | Share | | Bookmark
2 insan





dania balqis..our new member and my beloved embah...


Quote:
moga allah kuatkan hati ini.....

alhamdulillah ... saya dh update Sun 26-Oct-2008 20:36
Posted by:FarEast  - [Link]
Saudara,

Gambar "Beloved Embah" itu sangat2 cantik....
Emosi yang sangat2 semulajadi,
Subhanallah...syukur dapat melihat moments seindah ini!!!!!!!!
Sejujurnya saya katakan,
saya jarang memuji...
Ini benar2 menyentuh hati!!!!
Thu 4-Dec-2008 20:41
Posted by:Abdlhbnmhdnr
terima kasih Abdlhbnmhdnr....!
dialah satu satunya embah yg masih hidup lagi...
Fri 5-Dec-2008 23:04
Posted by:zilzal  - [Link]
View all 22 comments Add comment


Saturday, 4-Oct-2008 00:37 Email | Share | | Bookmark
edisi seronok balik kampung.



selepas 4 tahun tak beraya kat mesia..
seyes mmg sonok gile raye kat mesia esp kat kg....
ho ho....
selamat ari raya sume!

FUH.... LU MEMANG PRO EDITOR LAH......... Wed 29-Oct-2008 19:54
Posted by:shahrulhairi.fotopages.com
Mcm iklan raye petronas lak rase...cantik bangat gambarnyer...sukela...bila la nak pandai camnih?? Sun 9-Nov-2008 15:13
Posted by:ummi aisyah  - [Link]
cantik cantik gambar ni... kalau tak de wayar letrik tu lagi cantik Tue 18-Nov-2008 07:54
Posted by:ween  - [Link]
View all 20 comments Add comment


Wednesday, 24-Sep-2008 09:06 Email | Share | | Bookmark
Sinar itu..



Salam to all..
waa.sgt lame tak upload gamba kat sini...
kinda buzy lately..
setiap aripun cm bz..
pastu cam malas nk upload gamba kat sini...
terima kasih sudi nak singgah sini..
dah tak dpt nk selalu singgah fp korang..
mane yg sempat je dpt singgah...
ape pun moga ramadhan ini menjadi ramadhan yg terbaik utk diri kita..
thanks..


Quote:
Kelihatan langit itu kian dipancarkan dengan cahaya
Mula menerangi kegelapan yang menyelubungi
Apakah masih ada harapan lagi untuk kembali bercahaya menerangi
tiada siapa yang tahu..
kerana sudah pasti langit itu akan kembali gelita
malah tidak selalunya juga diterangi cahaya bulan..
kerana tiada siapa yang tahu....

bukak posa di bulan ramadan,
roti benggali berlaukkan sardin;
ni last minit punya ucapan,
selamat hari raya & maaf zahir batin.
Tue 30-Sep-2008 09:46
Posted by:ziyyad  - [Link]
Selamat Hari Raya Aidilfitri...
Segala kesilapan, kekasaran, dan kesalahan yang telah dilakukan
mohon beribu-ribu kemaafan.
Semoga di hari lebaran ini mendatangkan banyak keberkatan dan kemuliaan kepada kita semua...
Amin...
Thu 2-Oct-2008 14:43
Posted by:Nur Syakirah  - [Link]
kullu 3am wa enta bi alf kheir ...semoga ramadhan yg lalu membawa seribu rahmat utk kita... Fri 3-Oct-2008 13:22
Posted by:{ibnwanza}  - [Link]
View all 15 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.