Assalamualaikum kepada SAHABAT YANG SAYA KASIHI..
terima kasih saya ucapkan kerna sudi singgah.
Untuk kali ni sy semacam terpanggil nak membicarakan tentang isu penayangan kisah soal jawab di dalam kubur aka sajak kematian kepada pelajar pelajar sekolah rendah yg mana menjadi isu yg agak hangat dewasa kini.
wan mohd adzfar,pelajar master UM aka sahabat luahan perasaan
Secara peribadinya pun saya tak berapa setuju tentang penayangan tersebu kerana ianya ditayangkan kepada pelajar pelajar yang masih bersekolah rendah.
Tetapi apa yang lebih saya concernkan di sini ialah perkara yang lebih besar dari itu.
Mengapa tayangan-tayangan seperti ini diharamkan sebagai mana yang dofatwakan oleh mufti perlis
sedangkan terdapat lebih ratusan malah ribuan filem-filem yang diimport dari barat ataupun dari industri kita sendiri yang sudah tentu merosakkan pemikiran dan iman masih lagi ditayangkan di negara kita.
Pada hemat saya inilah yang boleh dikatakan sebagai ghazwatul fikr ataupun serangan pemikiran yang sedang berlaku sekarang ini.Saya sendiri bukanlah anti seni namun kita sendiri sebagai seorang yang Allah kurniakan akal yang waras dapat berfikir apakah perkara yang lebih sepatutnya kita utamakan suapaya umat Islam khususnya di negara ini dapat diselamatkan.
Pn Aslaniah Jamali, guru sekolah menengah aka makcik aku yg sportimss
Kadang-kadang isu isu semasa sekarang ini membingungkan saya kerana pelbagai gejala kebejatan sosial sangat berleluasa di kalangan umat Islam seperti masalah pengkid dan lelaki lembut.Bukanlah saya hendak memperkatakan saya ini maksum atau terpelihara dari dosa,namun terkadang terlintas di hati dan fikiran bahawa perkara perkara seperti ini akan membawa kehancuran Islam yang bukan sahaja dari musuh-musuh islam tetapi dari kita sebagai orang Islam itu sendiri.
Firdaus Mahadi,rakan sefotografi,penulis khat yang berkelulusan Al quran n sunnah,USIM
Oleh yang demikian marilah kita sama-sama berfikir sejenak memikirkan tentang perkara seperti ini agar terpelihara dari perkara perkara yang sedemikian rupa supaya Islam itu sendiri akan dinampakkan keindahannya di mata orang bukan Islam.
Ustaz Azhar Idrus,pendakwah dan rakan sefotografi,allahu yaftah alayk!
Sehingga berjumpa lagi di entry akan datang.Assalamualaikum
psstt: komen2 le gamba buruks tu eh.. All pictures were taken by 50mm f1.8 lens.
saya sependapat dengan bro.... kadang2 benda yang kecil kita rasa agak mengganggu...padahal benda yang jauh lebih besar seolah2 tidak sedikitpun memberi kesan pada anak2 dunia dah terbalik....
gambar bro memang layan... bokeh tak ingat...lowlite pon power bro...
slm jumaat..aritu raya kt kg ek..cantik gmbr budak bersama upih tu..(sory..n3 da basi)
bro mmg terror ambik gmbr org; sungguh ber-emosi..
pasal isu video klip tu; silap2 parents yg takut nk tgk sbb x solat..nauzubillah min zalik..